Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

rakyat MALAYSIA zaman sekarang....

as salam wbt...


masalah sosial remaja kita skarang...buang anak macam suka-suka je...
nauzubillah....

Wednesday, July 6, 2011

think positive people!

as salam wbt,
latest vid from matluthfi:


"the world needs more positive people"


Saturday, May 21, 2011

al-fatihah buat owner telordibasuh.

as salam wbt.
al-fatihah buat adik hakim, owner telordibasuh yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 mei 2011.. 
semoga rohnya dicucuri rahmat...
telordibasuh is one of my favourite blog that never failed to make me laugh and full of info... 

pics from google.

Wednesday, May 18, 2011

GUCCI fan in kuwait,, read this!

as salam wbt.
sempena gucci's 90th anniversary, the artisan corner brings the House talented craftsmen to kuwait.. yes, orang yang buat beg gucci tu  datang kuwait! hehehehehe... kalau nak tengok camane leather collection gucci dibuat handmade, bolehla pegi ke gucci 360 mall.. 
For this special event, the hand-crafted products can be personalized with hand-embossed monogramming!!
 so spe lagik kawan-kawan? pegi tarik cik abang ke 360 mall, hari ni last day..dari kul 10 pagi sampai 10 malam... seronoknyer...:)
 
pics from here

Sunday, April 24, 2011

pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj...

as salam wbt..
nak share info ni..:)

pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj...


 Sekadar ingat mengingati.. ...



 SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Saturday, April 23, 2011

quick update!

as salam wbt.
nak update cepat-cepat sebab jap lagi nak bawak aqeel g cucuk for his 6months..kompom demam...adoi aii...tak tido malam la mummy, nak wat camnekan..janji anak sihat..:)
takde pape yang menarik yang berlaku di kuwait..its just that...

pic: google
tesco is coming to kuwait..place n date tak tau lagi sebab my blogger friend tu tak bagitau pon bile nak bukak...habis ah sultan center pasni...:P

pic: google
sedap kan? kan? yang ni?
pic: google
yang ni sedap gak kan??? i ni peminat burger..
shake shack nak bukak soon  kat avenues..so tungguuuu...sabarlah wahai hati..:P

pic: google

coach nak bukak this summer @ 360 mall..hurmm...lmbt btol bukak...dah dekat setahun dah...ape daaa...  yang ni tak lah mengghairahkan berbanding shake shack burger tu..hahahahaa...biase je...:P

ok tu je..


 tata!

Wednesday, April 20, 2011

my favourite Vblogger.

as salam wbt.
below are my favourite video blogger..so far..:) 







3rd : amenakin







go and watch their videos peeps! best!

Monday, April 18, 2011

hanya isteri je ke perlu CARI REDHA suami?

as salam wbt..

Bagaimana pula dengan suami? Adakah suami terlepas dari tanggungjawab mencari redha isteri? Sebahagian mereka yang bercakap atas nama agama terkadang mengeluarkan pandangan-pandangan yang berlainan dengan apa yang ada dalam Al-Quran dan Hadith, dua sumber utama agama yang suci ini. Contoh yang ingin saya kongsi bersama dalam tulisan ringkas ini ialah - adakah hanya isteri perlu berusaha mencari redha suami? Adakah suami-suami diberikan kekebalan dalam Islam untuk berehat dan meletakkan semua tanggungjawab ke atas bahu isteri dalam mencari kebahagiaan rumahtangga? Sudah pasti jawapannya tidak. 

Dengan ringkasnya, kita dapati secara jelas bahawa Al-Quran menyuruh kedua-duanya (suami dan isteri) agar berusaha mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT. Tanggungjawab dibahagikan antara keduanya tanpa menzalimi sesiapa. 


Begitu juga dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan contoh ikutan dan pesanan nasihat agar suami menjaga isteri dan isteri menjaga suami. Bahkan suami lebih diberatkan lagi kerana tanggungjawabnya menjaga isteri adalah sebahagian tuntutan agama. Rasulullah s.a.w. sendiri hidup dengan harmoni bersama isteri-isterinya - bercakap dengan baik, membantu kerja rumah, melindungi, bertanggungjawab, mengajar soal agama, mengajak beribadah bersama, tidak mengabaikan mereka dalam setiap situasi dan sebagainya. Adakah ini yang kita ingin ketengahkan apabila sebahagian kita asyik-asyik menekankan 'isteri kena layan suami' , 'isteri kena jaga hati suami'..tapi sebaliknya bagaimana? Inikah namanya beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi?

Kita asyik bercakap bahawa terdapat hadith menyatakan bahawa di antara ciri isteri yang baik ialah 'apabila kamu melihatnya, dia akan menggembirakan kamu'. Mengapa kita tidak pernah terfikir tentang suami-suami yang apabila dilihat para isteri, mereka juga gembira? Mengapa perlu isteri sahaja yg menggembirakan suami?? Adakah Rasulullah s.a.w. dan para isterinya begitu? Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w. menggembirakan para isterinya dalam pelbagai keadaan. Itulah suami sejati, bukan suami yang hanya melihat 'taatnya' isteri dengan isteri itu diam dan ikut apa kemahuan suami tanpa menjaga hati dan perasaannya. 


Sudah-sudahlah kita bercakap dengan suasana berat sebelah sebegini.Islam adil dan meletakkan setiap perkara pada tempatnya. Islam membela nasib wanita dan lelaki dengan secantiknya. Mengapa kita pula yang berdakwah ke arah perbezaan yang menguntungkan lelaki dan merugikan wanita, atas nama agama?

Saturday, April 9, 2011

telor tiruan!

as salam wbt..
sekarang tengah kecoh pasal telor palsu..macam-macam la..sure keje orang kat china tu..pandai tak bertempat..pasni nak buat ape plak mende palsu? sumer nak untung lebey ah ni...memang mengong la... dah tentu telor tiruan ni bahaya sebab wat guna mechanical ntah hape pon kan..memang tak bertanggungjawab la diorang ni..
camner nak kenal telor tiruan ngan ori? 
kalu tak nmpak,ley klik..


ni cara diorang wat..cam senang je kan..hampesss!

Thursday, March 31, 2011

sejarah APRIL FOOL...toksah dok sambut laa...

as salam wbt..
esok 1 april 2011, atau lebih dikenali sebagai april fool dikalangan kita..time skolah dulu memang syok dok pekena member2..buh katak lam kotak la..bawah meja la..dan macam2 lagi...dulu agak jahil dan ikut je ape yang orang lain buat..bila dah dewasa ni, cewahhh...ayat tak boleh blahh....baru la pandai sket pasal sejarah april fool ni... memang suka sangat ikut orang barat la kita ni kan...main folo je..tak tau baik atau buruk...subhanallah...



Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
info dari sini.
 
so, dah paham ye sedara ku sekalian alam?? kenapa kita nak celebrate peristiwa yang menjatuhkan islam pada suatu masa dahulu? pada yang dah tahu tu, cancel la plan april fool kamu tu ye...  

Sunday, March 20, 2011

i so want these! so kawaii!

as salam wbt.
tengok pics candy ni sumer rase cam nak pegi jepun beli je...!





semua ni boleh wat sendiri kat rumah..seswai la ngan i yg dok umah sepenuh masa.. ley ajak afiq maen masak-masak..auwwwww! then u can also eat the candy..cute-cute je...tapi ade yang tak leh makan..ada key chain also..best lorr..
ade sesape nak gi jepun tak? gilo apo nak gi jepun time gini???? hurmmm... mane la tau kan...kalu pegi, i nak kirim benda ni seploh please!!

awek jepun ni terer wat menda ni..
ley  tengok channel dia kat youtube:RRcherrypie's Channel
 
 

Wednesday, March 16, 2011

first award giveaway to my 100th follower.

as salam wbt.
cam tak caye je dah ade 101 follower..hihihihi...thanks ye pada yang follow blog mummy ayu yang tak seberapa ni... so saje lah nak kasi hadiah sket kat LINDA.. hadiah tak seberapa ye dik...tapi ikhlas... silalah terima ok! nak pos jauh sangat...mummy kat kuwait, so mummy ayu pos lee min ho utk adik..hehehehe...


ngeeeee....

Monday, March 14, 2011

arabic name pendants

as salam wbt..

first lets enjoy these pictures~~~










the above pics are beautiful arabic name pendants.. comei kan? kalau kat malaysia senang tak nak tempah pendant jawi ni? kat kuwait ni senang gak..yang silver and gold ada.. i have mine..simple and sweet.. thanks en. asben..pasni try wat bracelet lak ye..:)
SRIRAHAYU
lebih kurang 5gram emas 22k(916) digunakan utk wat pendant ni.

Sunday, March 13, 2011

it's your birthday!!

as salam wbt,
13 march 2011..
KAK ET!!

Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true! 
 
~STAY CUTE~

~SISTERS FOREVER~
 

Friday, March 11, 2011

tsunami @ japan.

as salam wbt..
at least 26 people have died and many more are missing..mesti semua dah tahu pasal tsunami n earthquake yang berlaku di jepun kan? Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan .. i believe that this is the sign from Allah swt to remind us again.. subhanallah.. sama-sama kita berdoa agar our sisters and brothers selamat dan dilindungi olehNya.. semoga Malaysia juga dijauhkan daripada kejadian yang tidak diingini ini...amin..

pic from here.


quake. pic from google.


Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

aci tak?? aci tak??

as salam wbt.
besday i lagi 3 bulan lebih... aci tak kalau buat WISHLIST awal-awal? kehkehkeh... ni mesti kes takde benda nak buat @ pikiaq nih... agak-agak en. asben pedulik tak?
 kehkehkeh...mau kene sekeh dengan en. asben ni...sekeh manja gitu... kitorang memang suka bermanja-manjaan nih...bweekkkk, nak termuntah plak..!
okeh la, nanti i update pasal besday wishlist ni yer... ciowww!!

Sunday, March 6, 2011

kuwait is 3rd most flirtatious country in the world??

as salam wbt.
according to badoo.com, kuwait is the 3rd most flirtatious country in the world.. biar betik.. sini arak pon takde jual..*tak tau ah kalu ade underground ke kan..* camane ley dapat rank gitu ye? kalau bahrain ke, i caye la jugak..ni KUWAIT?? hehehehe...maybe la kan.. sebab rank ni dikira mengikut mutual je.. 

sila klik utk bace
badoo.com
maybe kuwaiti ni malu-malu nak ngorat depan-depan kot..so diorang guna badoo.com untuk carik pasangan @ flirting..hohohoho... whatever lah....


Tuesday, March 1, 2011

nervous giler!

as salam wbt.
korang penah kene nervous breakdown tak? so far i tak penah.. tapi budak debab ni memang nervous ah.. kelaka btol.. nak cakap pon susah.. try tengok..=D
cute dowh..

Monday, February 28, 2011

susahnya carik duit..

as salam wbt.
semalam before i sleep, teringat zaman muda-muda dulu..huhuhu..skang pon muda gak.. i mean zaman budak skolah..time skolah menengah, tinggal kat langkawi island.. seronok dok kat pulau tu..tapi kekadang boring gak.. so back to our topic, bab carik duit.. time cuti skolah, i rajin wat keje part time.. family pon bukanlah kaya raya nak kasi elaun tiap bulan..goyang kaki duit masyuukkk je.. so in order to fill my 'shopaholic' needs, terpaksalah carik duit sendiri..dulu bukan giler shopping handbags, shoes nih... dulu giler beli baju.. cd's... magazines.. etc.. so, my first part time job was being a promoter kat supermarket besau nih..
ye cik, nak beli ape?? ppenampau mau??
may i help u??
samudera kot nama dia.. dalam langkawi mall.. jaga bahagian confectionery.. alah, bahagian makanan tu ler.. best gak.. hari-hari tengok barang makan je.. keje dia senang, susun-susun makanan kat rack..layan customer.. topup barang-barang makanan nih.. tapi berdiri je ah... lotih kaki den ni ha..! satu hari keje 8 jam.. kalau overtime 11 jam... keje sebulan boleh la dapat dalam RM600 lebih.. banyak tuu... zaman dulu kan... pastu, bile dah bosan keje kat supermarket, pegi keje kat hotel plak. i keje kt awana portu malai, langkawi.. jadik waitress.. phewittt! kuikuikui...best keje kat situ.. nama supervisor i Kak Seri.. lawa orangnyer.. keje situ lagi letih nak mampos! berjalan je..dah ah pakai skirt n heels.. amik oder, kemas pinggan mangkuk hayun, antar food, serve orang, sumer lah! kene orang yang kerek nak mampos, memang hangin satu badan.. nak itu la.. nak ini laa... bengong! lap cutleries, cawan, pinggan mangkuk hayun.. pehh... bangun pagi, kalu shif pagi 5.30am van dah sampai.. kekadang berdengkur-dengkur lam van..kehkehkeh... sampai hotel, ambik uniform kat dobi, pastu g coffee house, kemas-kemas and setting tuk breakfast..sambil lalu kat banquet tu curik-curik makan... hahahahaha.... kerja kat sini dalam sebulan.. dapatlam RM700 lebih..time tu dato azhar mansor baru nak belayar pusing 1 dunia..baik dato tu..slalu kasi i tips.. dia suka minum carlsberg..T_T
fyi, i wat kerja-kerja part time ni time coti sekolah.. bila dah dapat gaji tu, fuh..joli sakan! slalunye beli barang-barang skolah yang nak dipakai untuk tahun depan la..contohnyer school bag, pencil case, purse, clothes etc.. time tu suke la beli barang-barang brandede nih..level budak skolah la... pencil case benetton, purse GUESS, bag skolah suke sport brand cam nike, adidas, reebok.. hehehehe... so bile nak naik skolah baru ade semangat sket..sumer serba baru..tapi hasil penat lelah sendiri... budak-budak skarang untung...oder je, dapat...pastu tak bersyukur..memang nak kene lempang..so bersyukur lah kamu dengan apa yang ada....
alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...