Sunday, June 12, 2011

film review: cun

as salam wbt.
tadi baru lepas tengok citer CUN kat youtube.. korang dah tengok? hero dia remy ishak n the heroin maya karin. simple story line yet quite interesting.. citer yang straight forward.. takde putar belit..senang paham. 

i ketinggalan zaman la...lambat tengok..

dalam filem ni ade watak kuntum a.k.a tom. tak tau ah sapa nama pelakon tu, tapi budak baru kot.. apsal dia asyik dok terkangkang sana, terkangkang sini? suara dah ah kuat n nyaring, gelak pulak huduh... memalukan btol...wat citer ni jadi semak... nak tunjuk brutal pon, tak yah ah bukak kangkang tu luas-luas... meluat plak aku tengok...
tom a.k.a minah kongkang

yang lain dari tu, sumer fine... kire boleh tahan la jugak... remy ishak tu bolehlah tahan ensemnyer... tapi cam gelap je dia dalam filem ni... hehehehe...bile hero kampung jumpe awek town yang hot!
ape komen korang?

eh..ehhh...rapat nampakkk...


Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

ecehcehcehceh.... 

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...